X

Kindly register in order to view this article
!

Pembunuhan Presiden Haiti, 26 suspek ditahan setakat ini

Laporan Sinar Harian pada 7 Julai lalu.
A
A

MOSCOW - Jumlah suspek yang ditahan berkaitan pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise kini mencecah 26 orang, lapor Sputnik memetik kenyataan polis tempatan.

Laporan sebelum ini menyebut 23 suspek ditahan terdiri 18 warga Colombia dan lima rakyat Haiti.

"Tiga lagi suspek telah ditahan, termasuk anggota polis," kata Ketua Pengarah Polis Haiti, Leon Charles menerusi akaun Facebook polis pada Selasa.

Moise ditembak mati di kediamannya pada 7 Julai lalu manakala isterinya, Martine yang turut cedera dalam kejadian itu kini dirawat di sebuah hopsital di Amerika Syarikat.

Menurut polis seramai 28 suspek telah dikenal pasti terlibat dalam kes itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Haiti mati dibunuh

Presiden dibunuh, Haiti isytihar darurat

Misteri pembunuhan Presiden Haiti


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!