X

Kindly register in order to view this article
!

12 maut banjir di bandar raya China

Hujan lebat yang berlaku di Zhengzhou menyebabkan banjir berlaku di bandar raya itu sejak Selasa. - Foto AFP
A
A

BEIJING - Seramai 12 orang terbunuh selepas hujan lebat menyebabkan banjir di sebuah stesen tren bawah tanah di bandar raya Zhengzhou, kata pihak berkuasa China pada Rabu.

Askar-askar dikerahkan melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar yang didiami lebih 10 juta orang itu di wilayah Henan.

Wilayah itu mencatatkan rekod taburan hujan yang telah menyebabkan banjir di beberapa batang jalan raya dan landasan tren bawah tanah.

Menurut seorang pegawai bandar raya itu, satu siri ribut hujan yang jarang berlaku sehingga menyebabkan banjir di landasan tren bawah tanah melanda Zhengzhou.

Berdasarkan kenyataan yang disiarkan di laman Weibo, seramai 12 orang terbunuh, lima lagi cedera manakala ratusan lagi diselamatkan dari sebuah stesen tren bawah tanah itu.

Media-media tempatan melaporkan anggota-anggota penyelamat dipaksa membuka bumbung gerabak untuk menarik keluar mangsa-mangsa yang terselamat ekoran kenaikan air di dalam tren tersebut.

Menurut pihak berkuasa, hujan itu adalah yang paling lebat sejak rekod taburan hujan disimpan di wilayah tersebut kira-kira 60 tahun lalu. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!