Matfa gesa kerajaan kembalikan keyakinan ekonomi negara

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (Matfa) menggesa kerajaan agar mempertimbangkan lima saranan bagi mengembalikan keyakinan terhadap ekonomi dan memberi sokongan kepada industri pelancongan negara.

Matfa dalam kenyataan memaklumkan, antara saranan tersebut adalah menetapkan semula naratif baharu, mengulangi kepentingan industri pelancongan dan kesan pengganda kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Maftfa berkata, selain itu, ia juga melibatkan menyusun semula Pelan Pemulihan Negara (PPN), merangka strategi baru untuk industri pelancongan serta posisi semula teras utama.

“Ini tidak boleh lagi menjadi pilihan kepada kerajaan, ianya adalah wajib bagi menyelamatkan 3.6 juta orang daripada kehilangan pekerjaan dalam industri ini.

“Malah ia juga bagi membolehkan negara tidak lagi berhadapan dengan kerugian sebanyak RM100 bilion disebakan peserta industri tidak dapat beroperasi,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Sementara itu, Matfa turut mencadangkan agar kerajaan membenarkan beberapa perniagaan utama industri pelancongan dibenarkan beroperasi bersama dengan pusat membeli-belah, tempat peranginan dan hotel pada Fasa Kedua PPN.

Menurutnya, ia termasuklah taman tema, tempat menarik, taman permainan, pusat kesihatan spa, pawagam dan pusat hiburan Keluarga.

“Berdasarkan pengumuman baru-baru ini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan membenarkan operasi bagi penggambaran luar, perlombongan dan pengkuarian, kami dari industri pelancongan juga bersedia merangka rancangan dengan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Malah kami sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selama ini,” menurut kenyataan itu.