Harith Iskander saman The Laugh Factory

Foto Instagram Harith Iskander
Foto Instagram Harith Iskander
A
A
A

HARITH Iskander yang merupakan pelawak dan juga juara 'Funniest Person In The World' 2016 mengesahkan dia ada memfailkan saman terhadap pihak penganjur, The Laugh Factory atas dakwaan gagal melunaskan baki wang kemenangan berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas memenangi pertandingan itu.

Kata Harith, dia pada mulanya tidak berniat untuk memanjangkan perkara tersebut ke tahap itu namun apabila pihak penganjur tidak memberikannya banyak pilihan dalam menyelesaikan perkara itu.

Kes saman itu pertama kali dilaporkan oleh portal Hollywood Repoter yang berpusat di Amerika Syarikat pada tahun lalu.

"Apabila artikel itu disiarkan, ramai bertanya sama ada ia benar, aduan masih berjalan di mahkamah jadi saya dinasihatkan oleh peguam di California untuk tidak mengulas lanjut mengenainya. Ia akhirnya rasmi.

"Sejujurnya saya tiada niat untuk membawa perkara ini ke tahap sekarang, namun pihak penganjur tidak memberi saya banyak pilihan," katanya di Instagram (IG) miliknya.

No Image Caption

Funniest Person In The World adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian lawak global berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pada pertandingan itu, Harith, 52, berjaya menumpaskan 89 pelawak dari 56 buah negara di seluruh dunia yang diadakan di Polo Arena Levi, Finland.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, memetik laporan portal tersebut, sejak memenangi pertandingan itu dia hanya menerima bayaran AS$1,000 (RM4,000) selepas berjaya menjadi antara 20 peserta terbaik dan AS$30,995 (RM123,820) menerusi tiga kali bayaran oleh pihak penganjur.

Dalam pada itu, Harith berkata, ramai tidak mengetahui pelbagai cabaran telah ditempuhi sejak menyertai dan memenangi pertandingan itu.

Foto Instagram Harith Iskander
Foto Instagram Harith Iskander

Namun kata Harith, semua usaha itu berbaloi selepas meletakkan komedi dari Malaysia di mata dunia selain terharu dengan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia terhadapnya.

Melalui IG rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepadanya dan menyokong tindakannya itu.

"Saya salah seorang pengundi masa pertandingan ini .. Jadi maaf kerana mendengar ini, saya berharap segala-galanya akan berjalan lancar dan nasib baik," tulis liena_nordin.

"Setuju. Berjuang untuk hak anda dan jangan mundur," tulis coach_fazrul.

"Lawan tetap lawan, lawak tetap lawak, kami Kami di belakang anda!" tulis saifulbmy.

"Moga ALLAH permudahkan urusan... lawan," tulis amoyliana.