Sasar semua pemandu kenderaan awam selesai terima vaksin pada Ogos

Ka Siong mengadakan perbincangan secara maya bersama pengurusan syarikat Grab.
Ka Siong mengadakan perbincangan secara maya bersama pengurusan syarikat Grab.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pemandu kenderaan awam meliputi teksi, e-hailing dan p-hailing di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan (MOT) dijangka menerima vaksin selewat-lewatnya pada penghujung Ogos ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau telah mengarahkan semua agensi di bawah kementeriannya untuk mengumpul nama-nama pemandu dan penunggang perkhidmatan berkenaan untuk tujuan vaksinasi.

Menurutnya, perkembangan itu antara intipati perbincangan beliau bersama pihak pengurusan syarikat Grab yang diadakan secara maya pada petang Isnin.

"Sebagai sebahagian daripada anggota perkhidmatan barisan hadapan (frontliner), mereka juga perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin bagi memastikan keselamatan pemandu, penunggang dan pelanggan.

"Seperti mana saya umumkan sebelum ini, proses penjadualan pemberian vaksin bagi pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing sudah pun bermula.

"Kumpulan pertama yang bakal menerima vaksin melibatkan 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing," katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Isnin.

Menurut Ka Siong, kementeriannya juga akan terus bekerjasama secara rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam usaha mencapai imunisasi kelompok seawal mungkin.

"Sekitar 100,000 pemandu e-hailing dan 50,000 penunggang p-hailing yang berkhidmat dengan Grab sekarang.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai sebahagian daripada anggota perkhidmatan barisan hadapan (frontliner), mereka juga perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin bagi memastikan keselamatan pemandu, penunggang dan pelanggan," katanya.