Solat Aidiladha luar surau: KDN minta penjelasan Ketua Polis P Pinang

Tangkap layar video tular di Facebook pada Selasa.
Tangkap layar video tular di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan lanjut berhubung penularan video berkenaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada awal pagi Selasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Ketua Polis Pulau Pinang juga diminta memberikan laporan serta penjelasan terperinci pada kadar segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan, terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Hamzah
Hamzah

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan jaminan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat menganjurkan majlis tersebut.

“Pada masa sama, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 sekiranya ia membabitkan penglibatan warga asing.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada awal pagi Selasa, tular sebuah video di laman sosial Facebook berhubung ratusan individu dipercayai warga asing didakwa melanggar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang.

Rakaman dari sebuah kereta itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis P Pinang mohon maaf gagal kesan ratusan jemaah solat Aidiladha luar surau