Parlimen Tanjong Karang sumbang tujuh lembu korban

Noh meninjau pelaksanaan ibadah korban di Masjid Muflihin Parit 4 Ban 3 di sini pada Selasa.
Noh meninjau pelaksanaan ibadah korban di Masjid Muflihin Parit 4 Ban 3 di sini pada Selasa.
A
A
A

TANJONG KARANG - Sebanyak tujuh ekor lembu korban disumbangkan di masjid terpilih sekitar Parlimen Tanjong Karang bagi menjayakan ibadah korban tahun ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sumbangan berkenaan diberikan kepada masjid yang menerima kurang daripada tiga ekor lembu korban bagi menambah bilangan sedia ada.

"Saya sempat melawat ke beberapa masjid yang melaksanakan ibadah korban dan semua mereka mengikut SOP ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan perlaksanaan ibadah korban di beberapa masjid di Parlimen Tanjong Karang di sini pada Selasa.

Noh berkata, perayaan Aidiladha pada tahun ini disambut secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau memberitahu, walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi semangat gotong-royong penduduk semasa proses ibadah korban berjalan dengan lancar.

"Sambutan Aidiladha tahun ini juga lebih meriah berbanding tahun lalu kerana ada kelonggaran apabila 50 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Aidiladha," katanya.

Artikel Berkaitan: