X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Kes Covid-19 kembali melonjak, 12,366 kes baharu hari ini

Gambar hiasan.
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan pada Selasa iaitu 12,366 kes berbanding 10,972 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 939,899 kes.

Beliau berkata, daripada 12,366 kes baharu, sebanyak 12,358 kes melibatkan kes tempatan.

"10,002 kes melibatkan warganegara dan 2,356 bukan warganegara.

“Kes import pula sebanyak lapan kes, ia melibatkan dua warganegara dan enam bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, bagi kes sembuh, ia melibatkan 7,567 kes dan menjadikan keseluruhan adalah sebanyak 798,955 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 924 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 448.

“Sebanyak 93 kes kematian dicatatkan yang melibatkan 91 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Kematian pada Selasa melibatkan 31 kes di Selangor, Johor (16), Melaka (sembilan), Kedah (lapan), Pahang (tujuh), Pulau Pinang (lima), Negeri Sembilan (lima), Perak (lima), Kuala Lumpur (dua), Sabah (dua), Sarawak (dua) dan satu kes di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 133,703 kes aktif dan 18 kluster baharu dicatatkan.

“Jumlah kluster yang telah tamat 2,379 dan jumlah yang aktif 920 kluster,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, Selangor terus mencatatkan jumlah yang tertinggi antara negeri melibatkan 5,524 kes, Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460) dan Sarawak (351).

Melaka pula katanya, merekodkan 309 kes, Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (dua).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!