Lelaki maki peniaga nasi lemak direman

Tangkapan layar video tular di media sosial mengenai seorang individu didakwa memaki dua wanita selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.
Tangkapan layar video tular di media sosial mengenai seorang individu didakwa memaki dua wanita selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan reman seorang lelaki yang didakwa memaki hamun seorang wanita bersama ibunya selepas ditegur tidak memakai pelitup muka dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Jalan Desa Bakti pada malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata, suspek yang berusia 33 tahun ditahan kira-kira jam 8 malam di rumahnya di Jalan Desa Bakti berhampiran gerai nasi lemak itu.

"Suspek direman dua hari untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, tular satu video di media sosial memaparkan seorang individu yang bertindak memaki dua wanita selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berang ditegur tak pakai pelitup muka

Artikel Berkaitan: