X

Kindly register in order to view this article
!

PGA tahan pembekal, rampas 60 karton rokok seludup

Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Perniagaan Benut di sini pada Isnin.
A
A

PONTIAN - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai pembekal rokok seludup dan merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM12,144 dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Perniagaan Benut di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, serbuan itu dilakukan pada jam 10.30 malam oleh sepasukan polis dari Batalion 5 PGA.

Menurut beliau, dalam operasi itu, pihaknya merampas 60 karton rokok seludup pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam.

"Seorang lelaki warga tempatan yang berusia 32 tahun turut ditahan dan dipercayai bertanggungjawab membekalkan rokok seludup di sekitar kawasan daerah Pontian.

"Suspek juga menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan rokok seludup sebelum diedarkan kepada peruncit di sekitar kawasan Pontian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Suspek lelaki yang dipercayai pembekal turut ditahan.
Suspek lelaki yang dipercayai pembekal turut ditahan.

Dimin berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM12,144 dan suspek serta barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Beliau turut meminta orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin di jalan yang tidak diwartakan.

Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Perniagaan Benut di sini pada Isnin.
Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Perniagaan Benut di sini pada Isnin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!