Jumlah keseluruhan pemberian vaksin lebih 14.7 juta dos setakat Isnin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini mencecah 14,772,221 dos suntikan di seluruh negara setakat Isnin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau memaklumkan, peningkatan itu selepas 424,936 dos vaksin lagi diberikan hingga jam 11.59 malam Isnin merangkumi 282,106 orang menerima suntikan pertama, manakala 142,830 adalah penerima dos kedua.

“Perkembangan baharu itu, menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,674,380 yang meliputi 14.3 peratus populasi rakyat negara ini,” katanya menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.6 peratus, diikuti Sarawak (45.7 peratus), Perlis (36.4 peratus), Lembah Klang (20.8 peratus) dan Negeri Sembilan (20.6 peratus). - Bernama

Artikel Berkaitan: