Remaja lelaki maut motosikal bertembung

Keadaan kemalangan di Kampung Chicha Menyabong di sini awal pagi Selasa.
Keadaan kemalangan di Kampung Chicha Menyabong di sini awal pagi Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kampung Chicha Menyabong di sini awal pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 12.40 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dari Kampung Sering mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 18 tahun.

Menurut beliau, akibat pertembungan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Kota Jembal.

"Seorang lagi mangsa dari Kampung Panchor Kemumin mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: