X

Kindly register in order to view this article
!

Kapal korek terbakar, 11 kru selamat

Kerja pemadaman dijalankan melibatkan kebakaran sebuah kapal korek di di kedudukan 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah pada Isnin.
A
A

KLANG - Sebuah kapal korek terbakar dalam kejadian di kedudukan 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah, pada Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.48 tengah hari.

"Sebaik menerima aduan, bot Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian bersama Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta bot peninjau Lembaga Pelabuhan Klang bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat termasuk membuat kawalan keselamatan di lokasi.

"Kapal tersebut membawa 11 orang kru, empat daripadanya warga Indonesia, manakala tujuh lagi warga China. Kesemua kru dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan dipindahkan ke daratan terdekat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kerja pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam tempoh lebih kurang enam jam.

"Setakat ini tiada tumpahan minyak dilaporkan berlaku dan Maritim Malaysia akan membuat pemantauan berterusan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!