[VIDEO] 98 buah kenderaan diarah patah balik di Bentong

Pihak Polis membuat pemeriksaan rapi terhadap kenderaan yang ingin memasuki susur keluar ke Pantai Timur di sekitar Persimpangan Bentong Barat. - Foto Bernama
Pihak Polis membuat pemeriksaan rapi terhadap kenderaan yang ingin memasuki susur keluar ke Pantai Timur di sekitar Persimpangan Bentong Barat. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Sebanyak 98 buah kenderaan diarah berpatah balik bermula dari 15 Julai hingga Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kenderaan terbabit diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen sah (kebenaran) daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Selain itu ada yang menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas sebab tidak munasabah dan lain-lain.

"Sebanyak lima kompaun juga dikeluarkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong atas pelbagai kesalahan," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, sebanyak tiga sekatan jalan raya (SJR) diadakan iaitu selepas Plaza Tol Bentong menghala Kuantan, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi dan jalan simpang Durian, Manchis.

"IPD Bentong tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kompaun ke atas individu yang melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021" katanya lagi.

Artikel Berkaitan: