X

Kindly register in order to view this article
!

27 lokaliti di Terengganu, Sabah dan Pahang dikenakan PKPD

Sebanyak 27 lokaliti melibatkan negeri Terengganu, Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Julai hingga 3 Ogos ini.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 27 lokaliti melibatkan negeri Terengganu, Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Julai hingga 3 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lokaliti terbabit di Pahang ialah Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat, Mukim Ulu Dong, Raub; Kampung Kabang dan Kampung Sat Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang.

Menurutnya, di Terengganu lokaliti terlibat ialah Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2, Mukim Bandi, Kemaman; Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Lembah, Kampung Padang Jambu, Kampung Nibong, Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu.

“Di Sabah pula melibatkan Kampung Marau, Sipitang, Kampung Pituru Kinarut, Papar, Kampung Meruntum, Putatan.

“Turut sama, empat lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher Likas, dan Kampung Salut, Telipok.

“Kampung Kebawang, Sipitang; Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2, Penampang, Sabah juga dikenakan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju melanjutkan PKPD di Penjara Sungai Udang (kecuali Kuarters Penjara), Melaka Tengah, Melaka berkuatkuasa 21 Julai hingga 3 Ogos.

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di 13 lokaliti ditamatkan pada 20 Julai seperti yang dijadualkan.

Tambahnya, lokaliti itu ialah Kampung Bagus, Rantau Panjang, Kelantan; Kampung Mambong, Kuching, Sarawak; Kampung Baru Batu 2 Jalan Apas, Tawau; Kampung Ejuk, Kota Belud dan Kampung Warisan, Kota Kinabalu, Sabah.

“Kawasan Industri Senai Fasa 1, Kawasan Industri Senai Fasa 2, Kawasan Industri Senai Fasa 3, Kawasan Industri Senai Fasa 4, Taman Perindustrian Senai, Taman Perindustrian Murni Senai dan Senai Airport City (SAC), Kawasan Perindustrian Senai, Kulai, Johor juga ditamatkan,” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, 31 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ujarnya, ia hasil pemeriksaan ke atas 1,539 buah kilang, 14,945 premis perniagaan, 508 tapak pembinaan dan 190 buah asrama penempatan pekerja.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 83,710 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,465 orang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!