X

Kindly register in order to view this article
!

Langgar SOP: MB Kedah bayar kompaun RM1,500

Muhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan sedia menunggu sebarang tindakan yang dikenakan berhubung kes dakwaan beliau memandu uji kenderaan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh baru-baru ini.
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membayar kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadapnya setelah didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di Pulau Pinang, pada Jun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah tidak pandu uji, beli kereta ketika 'total lockdown'

Pegawai Khas Medianya, Helmi Khalid berkata, wakil Menteri Besar Kedah membuat pembayaran kompaun tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar pada Ahad.

“Bayaran kompaun RM1,500 diserahkan semalam (Ahad)," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP

Difahamkan, Muhammad Sanusi membayar kompaun bagi dua orang iaitu RM1,500 setiap seorang bagi diri beliau dan seorang wakil jualan di Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN:Pandu uji kereta: MB Kedah sedia dikenakan tindakan

Muhammad Sanusi dikompaun kerana melanggar SOP dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, bulan lalu.

Pada Jun lepas, satu video menunjukkan Muhammad Sanusi memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang ketika kerajaan masih menguatkuasakan Sekatan Pergerakan Penuh tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:'Kompaun sudah diserahkan kepada MB Kedah'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!