Cubaan rentas sempadan 'balik kampung' gagal, 13 PATI ditahan

Telefon bimbit dan pasport milik PATI yang dirampas di Teluk Merbau, Sungai Pelek pada Ahad.
Telefon bimbit dan pasport milik PATI yang dirampas di Teluk Merbau, Sungai Pelek pada Ahad.
A
A
A

SEPANG - Polis menahan warga Indonesia membabitkan 12 lelaki dan seorang wanita di Teluk Merbau, Sungai Pelek di sini kerana dipercayai cuba pulang ke negara mereka melalui jalan laut menggunakan sebuah bot pada Ahad.

Polis turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM5,000.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Rozasin Ramlan berkata, seorang lelaki Acheh dipercayai menerima sejumlah bayaran untuk membawa kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu merentas sempadan negara.

“Perjalanan mereka dipercayai diuruskan oleh lelaki itu dengan bayaran tambang sebanyak RM1,800 bagi setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kesmua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Pelek untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: