Sampah punca api cepat marak di Kampung Tanjung Aru Baru

Kebakaran lebih 15 rumah atas air dilaporkan berlaku di Kampung Tanjung Aru Baru, pada awal pagi Ahad.
Kebakaran lebih 15 rumah atas air dilaporkan berlaku di Kampung Tanjung Aru Baru, pada awal pagi Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sampah sarap yang bertaburan di kawasan Kampung Tanjung Aru Baru dipercayai menjadi antara punca api marak dengan pantas dan memusnahkan 23 buah rumah atas air di dalam kebakaran awal pagi Ahad.

Seorang mangsa yang ditemui, Midzpar Haibil, 43, berkat, rumahnya terletak agak jauh dari rumah tanpa penghuni yang dipercayai menjadi punca kebakaran itu, bagaimanapun sampah yang banyak menyebabkan api merebak dengan pantas sehingga sampai ke rumahnya.

"Waktu itu saya tersedar apabila terdengar jeritan orang kampung sebelum menyedari berlaku kebakaran. Saya cuma sempat selamatkan dokumen bersama anak-anak keluar dari rumah.

"Sebelum ini di kampung itu memang sudah diadakan gotong royong untuk membersihkan sampah, tapi keadaan itu (sampah) tetap juga kembali," katanya yang juga seorang pekerja hotel di sini ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Luyang di sini pada Isnin.

Kebakaran pada jam 4.32 pagi itu menyebabkan 50 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Luyang sehingga malam Ahad dan merupakan kebakaran ketiga berlaku dalam tempoh singkat di kampung itu, yang mengakibatkan 33 rumah musnah pada 25 Mei lepas manakala 10 rumah lagi pada 6 Julai lepas.

Midzpar juga bapa kepada enam orang anak berumur antara 21 hingga enam tahun itu berkata rumah kediaman itu telah disewanya sejak 32 tahun lalu dengan bayaran RM600 sebulan.

Beliau berkata, sebelum ini pada tahun 2007, dia telah memohon untuk mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) namun sehingga kini permohonannya belum berjaya.

Suri rumah Rasidah Haibil, 41, yang turut kehilangan kediaman yang disewa RM750 sebulan itu berkata beliau bersama suami dan empat anaknya ketika kejadian terpaksa melompat melalui pintu belakang rumahnya ke laut apabila jambatan di depan rumahnya telah terbakar.

Artikel Berkaitan:

"Kami terpaksa melompat dari pintu belakang rumah dan rupa-rupanya air laut ketika itu pula tengah pasang," kata beliau yang merupakan adik Midzpar, sambil menunjukkan lengannya yang sedikit cedera akibat terjun ke laut. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Kampung Tanjung Aru Baru terbakar lagi