Cubaan tangkap ikan guna pukat pari di taman laut gagal

Penguatkuasa berjaya mengesan pukat pari yang dipasang di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung, Mersing pada Ahad.
Penguatkuasa berjaya mengesan pukat pari yang dipasang di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung, Mersing pada Ahad.
A
A
A

MERSING - Jabatan Perikanan Johor berjaya menggagalkan cubaan menangkap ikan menggunakan pukat pari di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung, di sini pada Ahad.

Susulan itu, satu unit peralatan penangkapan ikan pukat pari yang dianggarkan sepanjang 500 meter telah disita.

Pengarah Perikanan Negeri Johor, Noraishah Hashim berkata, sebelum itu Unit Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Johor telah melakukan rondaan rutin pemantauan vesel di perairan Johor Timur bermula petang Ahad hingga pagi Isnin.

"Apabila sampai di lokasi, kita dapati pukat pari itu dipasang di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung.

"Aktiviti memasang pukat pari dalam kawasan larangan Taman Laut Malaysia merupakan suatu kesalahan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan menangkap atau cuba menangkap ikan di kawasan Taman Laut Malaysia.

Pukat pari yang dipasang di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung, Mersing pada Ahad.
Pukat pari yang dipasang di kawasan Taman Laut Pulau Babi Hujung, Mersing pada Ahad.

"Jika disabit kesalahan, peralatan menangkap ikan akan dirampas dan pesalah akan dikenakan tindakan kompaun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, dalam rondaan yang sama, penguat kuasa Jabatan Perikanan Johor turut membuat pemeriksaan pematuhan syarat-syarat lesen penangkapan ikan terhadap lima buah vesel penangkapan ikan A, B dan C serta 25 nelayan tempatan.

Artikel Berkaitan:

Ia sebagai salah satu aktiviti pemantauan, pengawalan dan survelan jabatan berkenaan di perairan perikanan Johor Timur.

"Kami ingin ingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi Akta Perikanan 1985 agar sumber perikanan negara dapat diurus secara lestari.

"Jabatan Perikanan Johor sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus bertekad melindungi sumber perikanan di perairan Johor," ujarnya.