Covid-19: Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari

Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari mulai 2 petang Isnin susulan beberapa anggota balai itu dijangkiti Covid-19. - Foto ihsan FB Polis Melaka
Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari mulai 2 petang Isnin susulan beberapa anggota balai itu dijangkiti Covid-19. - Foto ihsan FB Polis Melaka
A
A
A

ALOR GAJAH - Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari mulai 2 petang Isnin susulan beberapa anggota balai itu dijangkiti Covid-19, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Beliau berkata, segala urusan termasuk pengeluaran permit rentas daerah atau negeri boleh dilakukan di Balai Polis Rumbia, Balai Polis Gadek, Balai Polis Machap Baru atau mana-mana balai berhampiran.

“Perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Durian Tunggal seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa melalui Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal serta elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Durian Tunggal yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153 /06-5566573 yang dibuka 24 jam. - Bernama

Artikel Berkaitan: