Cantiknya isteri Aliff Aziz tampil bertudung

No Image Caption
A
A
A

BIARPUN tidak membuat pengumuman secara rasmi sama ada sudah bertudung sepenuhnya atau tidak, namun perkongsian isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mendapat respons positif dari pengikut Instagramnya.

Bella yang berkongsi beberapa keping gambarnya dengan memakai tudung menerusi Insta Stories dan ruang Instagramnya, dilihat mengacarakan sebuah program.

Rata-rata pengikut Instagramnya memuji imej baru kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini dan berharap dia akan kekal dengan imej sebegitu.

Bella Astillah- Foto Instagram
Bella Astillah- Foto Instagram

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, kini berusia hampir 2 tahun.

Artikel Berkaitan: