Muip agih RM303,000 bantu 101 guru sambung pengajian

Dr Asmadi (kanan) menyaksikan majlis penyerahan sumbangan disampaikan Mohd Hairi kepada wakil penerima Muhammad Yusri Syafiq di Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Harta Muip pada Jumaat.
Dr Asmadi (kanan) menyaksikan majlis penyerahan sumbangan disampaikan Mohd Hairi kepada wakil penerima Muhammad Yusri Syafiq di Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Harta Muip pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengagihkan sumbangan khas sejumlah RM303,000 bagi membantu 101 guru sekolah agama yang akan menyambung pengajian dalam Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal&Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, penerima merupakan guru yang sedang mengajar di sekolah menengah agama negeri dan sekolah menengah agama majlis.

Menurutnya, guru dari sekolah persendirian dan swasta, guru al-Quran asrama dan guru maahad tahfiz turut menerima sumbangan itu.

"Setiap penerima menerima sumbangan berbentuk tunai RM3,000 seorang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Penyerahan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Muip, Datuk Ahmad Hairi Husain di Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Harta Muip di Pekan pada Jumaat lalu.

Hadir sama wakil penerima, Muhammad Yusri Syafiq Md Yusof.

Dr Asmadi berkata, sumbangan melalui wang zakat yang diagihkan itu diharap dapat membantu meringankan perbelanjaan guru terlibat.

"Pada masa sama usaha ini bagi memastikan guru-guru tersebut dapat meneruskan kesinambungan pendididikan di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: