X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di Rembau mengekang penularan varian Delta

Kerja-kerja memasang kawat duri masih dilakukan bagi mengawal pergerakan keluar masuk di kawasan PKPD.
A
A

REMBAU - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti daerah ini membabitkan varian Delta.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, jangkitan mula dikesan melibatkan seorang pekerja kilang warga asing di sekitar Rembau.

Katanya, kes berkenaan dikesan dalam tiga sampel kes positif Kluster Pedas 2.

"Daripada tiga sampel yang diambil, terdapat satu kes dikenal pasti membawa varian Delta dan terdapat kemungkinan berlaku penyebaran virus membabitkan varian berkenaan.

“PKPD penting supaya kita dapat membendung varian Delta yang dikatakan sangat ganas dan boleh merebak sangat pantas," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Rembau berkata, PKPD di kawasan membabitkan radius kawasan seluas 2.8 kilometer itu dilaksanakan berdasarkan sebanyak 161 kes positif Covid-19 dilaporkan pada 1 hingga 13 Julai lalu termasuk satu kematian.

“Kawasan yang terlibat telah dikenal pasti mengikut kediaman individu positif Covid-19 terutama dalam kalangan bukan warganegara dengan kadar mobilisasi yang tinggi kerana berdekatan kawasan industri,” katanya.

Tambahnya, seramai 4,200 penduduk membabitkan 1,027 rumah terlibat membabitkan Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya, Taman Setia Raja dan Taman KSNS, bermula 19 Julai hingga 1 Ogos.

Dalam pada itu, Mohamad Najib memberitahu bagi mereka yang tidak dikuarantin boleh membeli dan mendapatkan barangan keperluan harian di kedai runcit dalam kawasan PKPD itu yang dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Bagi mereka yang menghadapi masalah seperti sedang menjalani kuarantin, bantuan makanan akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!