X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Manchester United cari pilihan terbaik selesaikan isu Rashford

Rashford
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan The Red Devils masih belum dapat mengesahkan sama ada bintangnya, Marcus Rashford akan menjalani pembedahan berikutan kecederaan di bahunya atau sebaliknya.

Media minggu lalu melaporkan Rashford berkemungkinan terlepas beberapa aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pemain England itu membuat keputusan menjalani pembedahan yang bakal menyaksikan tonggak berusia 23 tersebut berehat panjang selama 12 minggu.

Rashford sebelum ini dilaporkan bergelut dengan prestasi semasa berikutan kecederaan itu yang menyaksikan penampilannya dalam saingan liga dan kejuaraan Euro 2020 begitu terhad.

Ketika ditanya perkembangan terkini Rashford mengenai status pembedahan itu selepas perlawanan persahabatan The Red Devils menentang Derby County yang menyaksikan kemenangan 2-1 ke atas The Rams di laman lawan, Solskjaer berkata: "Masih tiada keputusan mengenainya, sebaliknya kami masih mencari pilihan lain yang terbaik.

"Dia mungkin terbawa-bawa kesan kecederaan itu, tapi kami akan lakukan yang tidak hanya terbaik untuk Rashford tetapi juga Manchester United. Kami juga sedang merujuk perkara ini dengan mereka yang pakar."

Pada masa sama, Solskjaer menyatakan pemain tengah Red Devils, Jesse Lingard, yang tampil luar biasa semasa dipinjamkan musim lalu bersama West Ham United dengan sembilan gol dan lima bantuan gol, berazam merebut tempat dalam kesebelasan utama Manchester United musim depan.

"Apa yang dia lakukan bersama West Ham United musim lalu, itulah Jesse yang sebenarnya. Kami menjelang penghujung musim lalu berdepan kekurangan pilihan yang ketika itu dimiliki Jesse semasa bersama The Hammers," kata Solskjaer.

Gergasi EPL, Manchester United menduduki tempat kedua musim lalu, 12 mata di belakang juara Manchester City.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!