Sambutan Hari Keputeraan Agong ditangguhkan

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
A
A
A

KUANTAN - Sebarang acara atau sambutan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini ditangguhkan ke suatu tarikh lain kecuali majlis kesyukuran dan doa selamat secara virtual atau maya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Seri Paduka Baginda yang mengambil kira situasi pandemik Covid-19 di negara ini termasuk Pahang.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah turut bertitah, tiada persembahan ucapan sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda diterbitkan di media cetak dan papan iklan pada tarikh berkenaan.

"Bagaimanapun persembahan ucapan boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Dr Sallehuddin turut memaklumkan, sebagaimana titah Seri Paduka Baginda, peruntukan bagi penerbitan persembahan ucapan tersebut sebaiknya disalurkan kepada tabung yang disediakan pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: