Sultan Selangor bimbang ada pihak pulang ke kampung pada Aidiladha

Sultan Selangor, Permaisuri Selangor dan Raja Muda Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri ini menerusi perutusan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Isnin.
Sultan Selangor, Permaisuri Selangor dan Raja Muda Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri ini menerusi perutusan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda dengan tindakan sebilangan pihak yang masih berdegil untuk pulang ke kampung di luar daerah bersempena Hari Raya Aidiladha ini.

Menerusi perutusan Hari Raya Aidiladaha pada Isnin, Sultan Sharafuddin mengambil kesempatan untuk menasihati umat Islam agar menyambut perayaan berkenaan di rumah masing-masing dalam usaha bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Selain itu, Sultan Selangor turut berdukacita kerana perayaan umat Islam yang sepatutnya disambut dengan semangat kesatuan ummah terpaksa diadakan dalam keadaan terhad serta berwaspada.

"Oleh itu, baginda menggesa orang Melayu Islam supaya mengukuhkan perpaduan dan teguh bersatu hati menuruti setiap perintah ALLAH SWT, serta tidak mengadu domba dan bertelingkah mengenai isu-isu remeh yang tidak bermanfaat," kata perutusan berkenaan yang dimuat baik menerusi laman Selangor Royal Office, pada Isnin.

Dalam pada itu, Sultan Selangor turut berharap sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini diraikan secara serderhana dan setiap aktiviti membabitkan ibadah korban harus dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Selain itu, baginda turut mengingatkan umat Islam agar terus memanjatkan doa selepas solat agar rakyat negeri ini dilindungi daripada jangkitan wabak Covid-19.

"Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: