Masjidil Haram terus terima ketibaan jemaah haji

Masjidil Haram pada Ahad bersamaan 8 Zulhijah juga dikenali hari Tarwiyah terus menerima ketibaan jemaah. - Foto fail AFP
Masjidil Haram pada Ahad bersamaan 8 Zulhijah juga dikenali hari Tarwiyah terus menerima ketibaan jemaah. - Foto fail AFP
A
A
A

MAKKAH - Masjidil Haram pada Ahad bersamaan 8 Zulhijah juga dikenali hari Tarwiyah terus menerima ketibaan jemaah, di tengah-tengah pelaksanaan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah keselamatan demi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan lancar serta selesa.

Pihak pengurusan dua masjid suci sudah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk jemaah termasuk melakukan operasi pembasmian kuman di dalam Masjidil Haram dan perkarangannya, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Selain itu, pihak pengurusan turut menerima jemaah yang tiba dari dari tiga pusat yang menghimpunkan jemaah haji selain menyelaraskan kepulangan mereka sebaik selesai melakukan tawaf.

Pihak pengurusan turut mengedarkan botol air zamzam dan menyediakan terjemahan dalam 10 bahasa untuk kemudahan jemaah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi tingkatkan kawalan keselamatan di Makkah

ARTIKEL BERKAITAN:Jemaah haji sedia menuju ke Mina

Artikel Berkaitan: