X

Kindly register in order to view this article
!

Nazrulerwan kendali Kelantan United baki saingan liga

Nazrulerwan kini diberikan tanggungjawab mengemudikan Kijang Hijau. - Foto Facebook Kelantan United
A
A

KELAB Liga Premier, Kelantan United melakukan rombakan terhadap pengurusan skuad Kijang Hijau tersebut apabila melantik Nazrulerwan Makmor sebagai pengendali mengantikan Akira Higashiyama yang kini diberikan tugasan baharu.

Menurut jurucakap Kelantan United, Higashiyama kini diberikan tanggungjawab baharu sebagai pengarah teknikal kelab pantai timur berkenaan.

Selain itu menurutnya, pengendali dari Jepun tersebut akan bertanggungjawab terhadap pengurusan program pembangunan akar umbi dan pemain muda Kijang Hijau berkenaan.

"Akira Higashiyama cukup sesuai untuk membangunkan pemain muda kerana mempunyai kepakaran selain pernah terlibat dengan akar umbi ketika bersama beberapa kelab di luar negara termasuk di Thailand.

"Justeru itu, beliau diberi peranan utama membangunkan program akar umbi dan membentuk skuad Piala Belia dan Piala Presiden Kelantan United," katanya dalam satu kenyataan dimuatnaik di Facebook Kelantan United.

Pada masa sama, jurucakap Kelantan United menegaskan pelantikan Nazrulerwan merupakan keperluan utama Kelantan United bagi mengharungi baki sembilan perlawanan Liga Premier musim ini.

"Bagaimanapun, beliau tetap akan bekerjasama dengan Higashiyama untuk perkongsian maklumat, analisis video perlawanan serta perbincangan menyeluruh berkaitan pemain seterusnya mencipta kerjasama membantu Sang Kijang Hijau menamatkan musim ini di kedudukan terbaik dalam liga," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!