Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit meneruskan trend menurun minggu lepas untuk dibuka lemah pagi Isnin berbanding dolar AS. Gambar hiasan
Ringgit meneruskan trend menurun minggu lepas untuk dibuka lemah pagi Isnin berbanding dolar AS. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT meneruskan trend menurun minggu lepas untuk dibuka lemah pagi Isnin berbanding dolar AS kerana kekurangan minat belian berterusan dengan para pelabur masih bimbang terhadap lonjakan kes Covid-19, kata para peniaga.

Pada jam 10 pagi, unit tempatan itu susut kepada 4.2150/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2040/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Seorang peniaga mengaitkan kelemahan ringgit itu kepada kebimbangan akan prospek ekonomi Malaysia ekoran jumlah kes baharu Covid-19 semakin tinggi.

“Harga minyak turut menyeret turun prestasi ringgit dengan penanda aras minyak mentah Brent jatuh 2.6 peratus minggu lepas dan diniagakan pada AS$73.59 setong pada Jumaat,” kata beliau.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.9750/9761 daripada 4.9687/9723 pada penutupan Jumaat dan lemah berbanding Yen Jepun kepada 3.8346/8359 daripada 3.8180/8207.

Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1027/1037 daripada 3.1053/1078 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7977/7991 daripada 5.8129/8170. - Bernama

Artikel Berkaitan: