Penolong jurutera antara tiga direman bantu siasatan

Dia direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.
Dia direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.
A
A
A
SHAH ALAM - Tiga individu termasuk seorang penolong jurutera ditahan reman lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM49,000 bagi kerja-kerja pendawaian semula rumah api di Kuala Selangor, hari ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Rini Triany Muhamad Ali di Mahkamah Shah Alam.

Kesemua suspek berumur antara 34 dan 69 tahun itu ditahan berasingan pada pukul kira-kira 3.30 hingga 3.45 petang semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, salah seorang suspek merupakan penolong jurutera di Jabatan Laut, manakala dua lagi berkerja sendiri.

Difahamkan, sebuah syarikat kontraktor telah mengemukakan tuntutan sedangkan kerja-kerja tidak dilaksanakan mengikut kuantiti ditetapkan oleh pihak Jabatan Laut dan bayaran telah dibuat sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 18 ASPRM 2009.

Artikel Berkaitan: