Polis tahan empat pelajar IPTA disyaki edar dadah

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Polis menahan empat orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disyaki pengedar dadah di sekitar Matang dan merampas dadah jenis ganja bernilai RM10,576, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abd Latif berkata bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, polis telah membuat satu serbuan pada jam 4 petang pada hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Cina.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui sebelas paket plastik lutsinar dan ketulan mampat ganja dalam botol, bekas tin dan kotak dengan berat anggaran keseluruhannya 264. 41 gram.

“Saringan awal air kencing juga mendapati kesemua suspek lelaki berusia antara 21 hingga 24 tahun itu positif dadah. Turut dirampas, alat pengisar ganja, alat penimbang dan anak pokok ganja.” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sahar berkata, siasatan awal mendapati suspek telah memulakan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini dan Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Artikel Berkaitan: