Kanser adik makin pulih, Munirawati hasrat kembali berlakon

Munirawati (kiri) menjaga adiknya, Norusuriani yang menghidap kanser ovari tahap tiga di rumah mereka di Bandar Baru Cheneh, Chukai, Kemaman.
Munirawati (kiri) menjaga adiknya, Norusuriani yang menghidap kanser ovari tahap tiga di rumah mereka di Bandar Baru Cheneh, Chukai, Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Pelakon drama 'Masih Ada Rindu' berhasrat kembali aktif dalam dunia seni selepas adiknya pulih daripada penyakit kanser kelak.

Munirawati Kadar @ Kadir, 35 atau lebih dikenali sebagai Munirah Kadir berkata, dia bersyukur kerana kanser ovari yang dihidapi adiknya, Norusuriani, 25, kini beransur pulih selepas menerima rawatan sejak tahun lalu.

Menurutnya, adiknya yang menghidap penyakit barah tahap tiga itu kini dalam proses pemulihan selepas menjalani beberapa sesi kimoterapi.

"Saya bersyukur kerana banyak perubahan positif pada dirinya, selepas hampir setahun saya berehat daripada aktif dalam bidang lakonan kerana perlu menjaga adik dan ibu yang juga kurang sihat.

"Mungkin selepas ini saya boleh beri tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya untuk mencari sumber rezeki bagi menampung keluarga," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Munirawati (kiri) bersama Norusuriani yang dirakam pada Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu.
Munirawati (kiri) bersama Norusuriani yang dirakam pada Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu.

Sementara itu, NoruSuriani berkata, dia bertuah kerana mendapat sokongan kakak serta ibunya, Kharifah Dolah, 55.

"Saya bersyukur mempunyai kakak dan ibu yang banyak membantu dan memberikan sokongan serta semangat untuk saya pulih.

Artikel Berkaitan:

"Saya mahu segera pulih supaya dapat berbakti kepada mereka yang selama ini banyak berkorban tanpa jemu memastikan saya sihat dan pulih dari penyakit ini," katanya yang menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang pada Disember 2020.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Munirawati yang juga merupakan anak sulung daripada dua beradik terpaksa menolak tawaran berlakon semata-mata kerana ingin menjaga adiknya di rumah keluarganya di Bandar Baru Cheneh, Chukai.

Katanya, penyakit dialami adik bongsunya itu mula dikesan sejak Oktober tahun lalu selepas tahap kesihatan mula merosot pada Julai tahun sama.