PTPTN sumbang bakul makanan, tanda sokongan Op Bantu

Wan Saiful (kiri) menyerahkan sebanyak 50 kotak bakul makanan kepada IPD Kubang Pasu di Balai Polis Jitra, Kedah.
Wan Saiful (kiri) menyerahkan sebanyak 50 kotak bakul makanan kepada IPD Kubang Pasu di Balai Polis Jitra, Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Ahad menyampaikan sumbangan bakul makanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Balai Polis Jitra, Kedah.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sumbangan 50 kotak makanan sebagai tanda sokongan kepada Op Bantu itu diterima Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hasan.

“Polis memainkan peranan penting dalam masyarakat. Op Bantu PDRM boleh membawa rakyat lebih dekat dengan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 6 Julai, Op Bantu dilancarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai bantuan segera kepada individu terputus bekalan makanan di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19.

Operasi tersebut dilaksanakan PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Artikel Berkaitan: