X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir 9,784 bakul makanan selesai diagihkan dalam fasa dua

Mazlan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim (dari kiri) Auni Firdina Batrisya Zakri, 13, Azka Adreena, 4, dan Ayra Irdina Batrisya, 11, pada Program Lawatan Kebajikan ke Rumah Anak Yatim Warga PDRM di Perumahan Pasukan Simpanan Persekutuan pada Ahad. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 98 peratus daripada 9,784 bantuan bakul makanan bagi fasa kedua Operasi Bantu (Ops Bantu) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diagihkan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, baki dua peratus pengagihan bakul makanan itu dijangka selesai diagih dalam minggu ini melibatkan negeri Sabah serta Sarawak.

“Pengagihan dua peratus lagi bakul makanan untuk operasi itu masih berjalan termasuk di kawasan pedalaman yang menyebabkan kesukaran untuk barangan itu diagihkan,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada anak-anak yatim dalam kalangan keluarga Pasukan Simpanan Persekutuan di Cheras di sini pada Ahad.

Fasa pertama operasi itu telah selesai dilakukan baru-baru ini melibatkan pengagihan sebanyak 3,120 bakul makanan.

Pada masa sama, katanya, PDRM turut menyalurkan bantuan kewangan kepada seramai 82 anak-anak yatim daripada 43 keluarga warga PDRM dalam usaha meringankan beban mereka dalam menghadapi tempoh sukar berdepan pandemik Covid-19 ini.

“Hasil infak jemaah dan kariah Masjid Bukit Aman sebanyak kira-kira RM30,362 berjaya dikumpul dan bantuan RM300 itu mula diagihkan bulan lepas kepada mereka yang memerlukan,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!