Pendekatan data Covid-19 sebelum ini timbulkan panik, risau: Khaled

ZULHISHAM ISAHAK

Data yang dikeluarkan KKM untuk rujukan masyarakat.
Data yang dikeluarkan KKM untuk rujukan masyarakat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pendekatan kerajaan menerbitkan data jangkitan positif harian berkaitan Covid-19 sebelum ini menyebabkan masyarakat panik, takut dan risau berlebihan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan secara 'pukul rata' itu turut menyebabkan kerugian serta kegagalan menguruskan ekonomi kerana strategi pemulihannya bergantung kepada data dan sains yang jelas serta terperinci.

"Saya harap kerajaan akan bertindak berpandukan data dan sains yang terperinci.

"Kerajaan tidak boleh melatah jika ada pihak yang mendakwa bahawa keengganan mendedahkan data secara terperinci selama ini bermotifkan politik. Misalnya untuk menjustifikasi dan memanjangkan tempoh darurat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula menerbitkan data jangkitan positif harian dengan lebih terperinci yang kini dicerakinkan mengikut kategori sama ada 1,2,3,4 atau 5.

Mohamed Khaled berkata, pendedahan itu sepatutnya sudah lama dilakukan bagi membolehkan semua pihak dapat mengetahui dengan jelas keadaan sebenar.

"Ini kerana mereka yang berada dalam kategori satu dan dua sebenarnya mempunyai risiko yang rendah dan perlu diuruskan dengan cara yang jauh berbeza dengan mereka yang berada dalam kategori seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan: