MAFI serius kekang LSD

Abdullah (dua dari kiri) melakukan tinjauan di Stesen Maqis Rantau Panjang pada Ahad.
Abdullah (dua dari kiri) melakukan tinjauan di Stesen Maqis Rantau Panjang pada Ahad.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serius mengekang penularan wabak Lumpy Skin Disease (LSD) dari terus menjangkiti haiwan ruminan di negara ini dengan menghentikan import lembu dari Thailand.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, langkah agresif itu berhasil apabila berjaya mengekang jangkitan tersebut.

"MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sentiasa mempertingkat kawalan di semua pintu masuk utama negara dengan penguat kuasa yang bertugas di sempadan," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Stesen Maqis Rantau Panjang di sini pada Ahad.

Katanya, kerajaan turut memperketatkan lagi pergerakan haiwan ruminan dari satu negeri ke negeri lain dalam usaha membendung jangkitan tersebut.

Abdullah berkata, sehingga semalam sebanyak 169 ekor lembu di seluruh negara disahkan positif LSD.

"Jumlah positif ini hasil daripada pemeriksaan ke atas 12,757 premis di bawah seliaan MAFI seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Maqis," katanya.

Abdullah berkata, semua lembu positif itu akan lupuskan bagi memastikan wabak berkenaan tidak menular sekali gus menyelamatkan ternakan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: