Tiga individu termasuk wanita direman

Mahkamah Majistret Selayang membenarkan tiga individu termasuk seorang wanita direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun.
Mahkamah Majistret Selayang membenarkan tiga individu termasuk seorang wanita direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun.
A
A
A

GOMBAK - Mahkamah Majistret Selayang pada Ahad membenarkan tiga individu termasuk seorang wanita direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan membenarkan perintah reman terhadap individu berusia 25 hingga 35 bermula Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kedua–dua mangsa tinggal bersama ibu kandung dan teman lelaki ibunya di sebuah rumah sewa di sebuah flat di Taman Samudera, Batu Caves.

Kanak-kanak berkenaan ditemui orang awam kira-kira 1 tengah pada Sabtu yang melihat mangsa bermain di kawasan itu tanpa pengawasan.

Keadaan mereka tidak terurus dan pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam pada tangan, kaki, pipi dan dagu sebelum dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Selayang.

Susulan itu polis menahan pasangan kekasih dan seorang lelaki dipercayai penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan: