X

Kindly register in order to view this article
!

'Terus berjuang, bertahan hingga hari terakhir Parlimen bubar'

Mohd Anuar (tengah) ketika simbolik penyerahan bakul makanan yang turut dihadiri Chee Wan (kiri) di hadapan pejabat Ahli Parlimen Temerloh di sini pada Ahad.
A
A

TEMERLOH - "Saya akan tetap terus berjuang dan bertahan sehingga hari terakhir Parlimen dibubarkan," kata Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir selepas hampir dua tahun diserang strok.

Beliau yang diserang penyakit itu pada Oktober 2019 kini masih perlu menjalani terapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur tetapi berjanji akan berkhidmat untuk pengundi di Parlimen itu sebaik mungkin.

"Saya tidak akan meninggalkan Temerloh. Sebelum ini pun saya masih hadir ke Parlimen untuk mewakili pengundi di Temerloh.

"Saya bertuah kerana ahli keluarga banyak membantu di Parlimen ini secara langsung atau tidak langsung selain kerjasama oleh komponen parti, Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Amanah yang menjadi mata dan telinga saya di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen itu di sini pada Ahad.

Beliau ditemui sempena majlis penyerahan bakul makanan Parlimen itu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan selain wakil DUN dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 6,000 bakul makanan diagihkan sempena program tersebut kepada semua setiap ahli Parlimen untuk membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mohd Anuar juga meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik masing-masing untuk membantu penduduk yang terjejas.

"Jangan biarkan ada yang kelaparan, mati membunuh diri. Ini tanggungjawab kita untuk membantu rakyat.

"Saya juga ingin menyeru NGO, badan sukarela, individu untuk tampil membantu penduduk seperti yang dilakukan ketika banjir sebelum ini," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!