X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Lebih 50 peratus kes di Sabah berpunca dari penjara

Foto 123RF
A
A

KOTA KINABALU - Sabah mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu 666 kes dengan 50.3 peratus kes berpunca jangkitan dari dua penjara di negeri itu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, jangkitan daripada Penjara Kepayan di sini mencatatkan 211 kes pada Ahad, manakala jangkitan daripada Penjara Tawau merekodkan 124 kes menjadikan keseluruhan 335 kes positif Covid-19 di dua penjara itu.

"Kes di Penjara Kepayan itu menyumbang 76 peratus kes di daerah Kota Kinabalu yang mencatat 278 kes hari ini, manakala kes di Penjara Tawau menyumbang 85.5 peratus daripada 145 kes dilaporkan di daerah Tawau,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad.

Masidi berkata, daripada 666 kes dicatat pada Ahad, seramai 435 pesakit atau 65.3 peratus berada pada tahap satu tidak bergejala, manakala 225 orang atau 33.8 peratus pada tahap dua bergejala tanpa radang paru-paru.

"Ini bermakna 99.1 peratus mereka yang disahkan positif hari ini hanya perlu menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 dan tidak perlu dimasukkan ke hospital," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!