Kenderaan diarah patah balik di SJR Batu Melintang

Pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan rentas negeri di SJR di Batu 6 Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang, Jeli pada Ahad. Foto Ihsan PDRM Jeli
Pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan rentas negeri di SJR di Batu 6 Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang, Jeli pada Ahad. Foto Ihsan PDRM Jeli
A
A
A

JELI - Polis di daerah ini akan mengarahkan kenderaan termasuk lori yang membawa muatan bukan keperluan dan bukan kecemasan untuk berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Batu 6 Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang di sini bermula Ahad.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, hanya kenderaan yang membawa barangan makanan, muatan mudah rosak dan kecemasan sahaja dibenarkan masuk ke Kelantan sehingga Rabu ini.

Katanya, penguatkuasaan itu selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkaitan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri dalam tempoh empat hari berkenaan.

“Dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak dibenarkan untuk merentas negeri bermula 18 hingga 21 Julai ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Kenderaan yang bawa barangan makanan, muatan mudah rosak dan kecemasan sahaja dibenarkan masuk ke Kelantan melalui SJR di Batu 6 Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang, Jeli bermula Ahad. Foto Ihsan PDRM Jeli

Beliau memberitahu, terdapat peningkatan satu peratus jumlah kenderaan memasuki Kelantan melalui SJR berkenaan sejak semalam dan setakat ini belum ada yang diarah berpatah balik.

“Penguatkuasaan terus dipertingkatkan membabitkan enam anggota bertugas di SJR akan memeriksa dengan ketat setiap kenderaan dan surat kebenaran rentas ke negeri ini.

“Kebanyakan mereka membabitkan perkahwinan jarak jauh,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, KPN mengarahkan anggota di sekatan jalan raya di sempadan supaya tidak menerima dokumen dikeluarkan MITI bermula Ahad (hari ini) sehingga Rabu ini.

Tindakan diambil bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebenaran surat MITI sebagai ‘kelulusan’ merentas negeri bagi menyambut perayaan Aidiladha.