10 tan makanan tambahan haiwan dirampas

10 tan kotak makanan tambahan haiwan dari Thailand cuba dibawa masuk ke Malaysia dirampas Maqis Kedah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada Khamis lepas.
10 tan kotak makanan tambahan haiwan dari Thailand cuba dibawa masuk ke Malaysia dirampas Maqis Kedah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada Khamis lepas.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 10 tan kotak makanan tambahan haiwan dari Thailand bernilai RM 377,487 dalam sebuah lori Khamis lepas.

Maqis Kedah dalam kenyataan memaklumkan, penahanan lori kira-kira jam 5.15 petang itu dilakukan selepas pemeriksaan rutin di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 400 kotak makanan tambahan haiwan dalam kenderaan tersebut.

"Kesemua barangan tidak mempunyai permit import yang sah daripada Maqis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, perbuatan mengimport tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama," katanya.

Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan serta dapat mengawal kemasukan penyakit berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara.

Artikel Berkaitan: