Dua atlet Olimpik positif Covid-19

Kes positif Covid-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada tiga kes.
Kes positif Covid-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada tiga kes.
A
A
A

TEMASYA Olimpik Tokyo yang akan membuka tirainya pada Jumaat ini digemparkan sekali lagi dengan dua kes positif Covid-19 membabitkan atlet di perkampungan sukan tersebut.

Ia menjadikan kes positif Covid-19 meningkat kepada tiga kes di perkampungan sukan tersebut selepas kes pertama direkodkan pada Sabtu yang melibatkan seorang individu yang tidak dikenali dan bukan atlet.

Kes positif tersebut sudah tentu memberikan tamparan hebat kepada penganjur yang sebelum ini menerima bantahan penduduk kerana bimbang temasya sukan itu bakal membawa kes baharu ke negara tersebut.

Perkampungan Sukan Olimpik memuatkan 6,700 atlet dengan sebuah kompleks merangkumi pangsapuri dan kawasan makan.

Artikel Berkaitan: