Sarawak benar solat sunat Aidiladha dengan jemaah terhad

Sarawak membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dengan had jemaah ditetapkan mengikut kategori masjid dan surau bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.
Sarawak membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dengan had jemaah ditetapkan mengikut kategori masjid dan surau bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.
A
A
A

KUCHING - Sarawak membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dengan had jemaah ditetapkan mengikut kategori masjid dan surau bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Majlis Islam Sarawak (MIS) memaklumkan, bagi Masjid Jamek Negeri, had jemaah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 500 orang.

“Bagi masjid di peringkat bahagian, daerah serta daerah kecil, jemaah dibenarkan adalah tidak melebihi 150 orang, manakala di surau tidak lebih 70 orang.

“Had jemaah adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan,” menurut MIS dalam satu kenyataan pada Ahad.

MIS turut mengingatkan jemaah supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengimbas suhu badan ketika memasuki masjid.

Selain itu, MIS memaklumkan ibadah korban dan ziarah tidak dibenarkan.

“Bagi mereka di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat sunat Aidiladha di masjid atau surau tidak dibenarkan,” menurut MIS. - Bernama

Artikel Berkaitan: