Budak merajuk dilarang bermain basikal

Kanak-kanak ini ditemukan seorang lelaki di perhentian bas sebelum dibawa ke Balai Polis Setia Alam.
Kanak-kanak ini ditemukan seorang lelaki di perhentian bas sebelum dibawa ke Balai Polis Setia Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui berseorangan di perhentian bas di kawasan Setia Alam, pada malam Sabtu selepas dipercayai keluar rumah kerana merajuk tidak dibenarkan bermain basikal dan permainan video dalam telefon bimbit oleh keluarganya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kanak-kanak tersebut ditemukan oleh seorang lelaki kira-kira jam 9.47 malam.

"Lelaki berkenaan kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Setia Alam dan polis menghubungi bapanya," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Baharudin, berdasarkan siasatan mangsa keluar rumah kerana merajuk ekoran tidak dibenarkan bermain basikal dan bermain permainan di dalam telefon bimbit.

"Polis memberi nasihat dan teguran kepada keluarga kanak kanak tersebut agar lebih peka dalam penjagaan kanak kanak.

"Masyarakat dinasihatkan supaya lebih prihatin terhadap isu kekeluargaan terutama semasa mendepani pandemik Covid-19," katanya.

Pada Sabtu, satu video tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak yang didakwa ditemukan seorang individu di perhentian bas di Setia Alam.

Kanak-kanak terbabit bagaimanapun tidak memberitahu tujuannya berada berseorangan di perhentian bas tersebut.

Artikel Berkaitan: