Tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen belum isytihar harta

Tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen yang masih belum mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang disyorkan SPRM. - Gambar hiasan
Tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen yang masih belum mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang disyorkan SPRM. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen yang masih belum mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang disyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihaknya mempunyai senarai mereka yang belum berbuat demikian sama ada wakil rakyat kerajaan atau pembangkang.

"Pihak Parlimen sudah menghantar surat kepada mereka untuk isytiharkan harta.

Ada antara mereka mempunyai sebab-sebab tertentu tidak dapat isytiharkan harta ketika ini," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Ahad.

Pada Selasa, SPRM mengesyorkan supaya satu akta digubal di Parlimen bagi mewajibkan anggota pentadbiran, ahli Parlimen dan Dewan Negara mengisytiharkan harta masing-masing.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak berbuat demikian.

Sementara itu, mengenai kes makan durian dalam sebuah kebuh durian di Batu Pahat pada hujung bulan lalu hingga tular dalam media sosial, Mohd Rashid berkata, semua yang terlibat sudah dipanggil polis untuk memberikan keterangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Gubal segera undang-undang wajibkan ahli Parlimen isytihar harta