X

Kindly register in order to view this article
!

'Liverpool dapat pengajaran berguna'

Milner (tengah) percaya Liverpool akan bangkit dengan prestasi lebih baik musim depan.
A
A

PEMAIN verstail Liverpool, James Milner mengakui kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mendapat pengajaran berguna selepas gagal meraih sebarang trofi dalam pada saingan musim lalu.

Menurutnya, The Reds perlu memperkemaskan rentak dan cuba tampil dengan berbeza dalam aksi musim depan supaya kegagalan sama tidak akan berulang.

"Ia adalah sebahagian perjalanan Liverpool musim lalu dan saya percaya kami telah belajar sesuatu daripada apa yang telah kami lalui dalam dua atau tiga tahun lalu. Ia positif.

"Apa yang paling penting adalah bagaimana kami berjaya menyudahkan saingan musim lalu dan saya berharap kami mempunyai momentum untuk bangkit musim depan.

"Tetapi, buat masa ini kami perlu mencari rentak dan terus berusaha keras ketika dalam sesi latihan," katanya.

Perjalanan skuad kendalian Jurgen Klopp itu dalam saingan EPL tidak begitu memberangsangkan selepas gagal mempertahankan kejuaraan tersebut yang dimenangi pada musim 2019-2020.

Malah, The Reds juga turut gagal di pentas Eropah selepas hanya menamatkan saingan Liga Juara-Juara di peringkat 16 pasukan terakhir.

Milner turut menyifatkan kegagalan meraih sebarang trofi itu dipengaruhi masalah kecederaan membelenggu beberapa pemain utama termasuk kapten pasukan, Virgil van Dijk.

"Seperti yang saya katakan, dalam latihan kami tahu bahagian mana yang mahu diperbaiki dan membolehkan menjadi lebih bagus. Jadi, saya fikir ini adalah mengenai proses pada masa ini dan tidak melihat terlalu jauh ke depan.

"Kami tahu apa yang ingin kami capai pada musim ini, kami tahu apa yang diharapkan dan kami mahu memenangi piala - itulah yang selalu menjadi tujuannya. Tetapi saya fikir tempoh ini penting. Mengatasinya pra musim tanpa kecederaan, memastikan setiap pemain cergas dan membina pasukan lebih baik.

"Kami pernah mengalami prestasi turun naik dan masalah kecederaan musim lalu. Saya yakin ia dapat diatasi dan Liverpool akan bertambah bagus musim depan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!