Cadang 80 ahli Parlimen hadir sidang Dewan Rakyat

Mohd Rashid
Mohd Rashid
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Parlimen sedang memperhalusi cadangan untuk membenarkan 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan diperincikan dengan Jawatankuasa Dewan Rakyat dan ketua-ketua whip parti masing-masing.

Beliau berkata, ia akan diputuskan pada minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.

"Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama empat jam sehari bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan 2.30 hingga 5.30 petang. Cadangan untuk 80 ahli Parlimen sama seperti ketetapan bersidang pada tahun lepas.

"Macam tahun lepas, daripada 222 ahli Parlimen, hanya 80 sahaja yang boleh masuk. Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa sesi itu berkisar kepada isu berkait Covid-19.

"Kita beri ruang kepada ahli Parlimen untuk bertanya soalan, cuma usul mengenai persidangan secara hibrid tidak dibuat kerana kita boleh bersidang secara biasa," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Ahad.

Mohd Rashid (dua dari kiri) dan Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (kiri) bertemu petugas barisan hadapan di Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang, Johor Bahru pada Ahad.
Mohd Rashid (dua dari kiri) dan Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (kiri) bertemu petugas barisan hadapan di Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang, Johor Bahru pada Ahad.

Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mencadangkan setiap sesi persidangan dihadiri seramai 44 ahli Parlimen kerajaan dan 36 ahli Parlimen pembangkang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Guna sebaik mungkin lima hari sidang Parlimen

"Setiap sesi ada 80 ahli Parlimen. Kita ada sesi pagi dan petang, mereka boleh bertukar-tukar (ikut giliran) tetapi perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Tambah beliau, menteri dan timbalan menteri juga perlu mengehadkan jumlah pegawai yang mengiringi mereka kepada dua atau tiga orang sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka Parlimen minggu depan, tentukan keabsahan Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN:Parlimen bersidang lima hari mengarut, buang masa: Ku Li

ARTIKEL BERKAITAN:Parlimen bersidang 26 Julai bukti gesaan UMNO berasas