Gempa bumi sederhana landa Mindanao

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.09 pagi Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) tenggara dari Davao, Filipina dengan kedalaman 79km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: