X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden Itali hargai kemenangan The Azzurri

Mattarella (kanan) mengucapkan tahniah kepada Chiellini sambil memegang trofi Kejuaraan Euro 2020 pada 12 Julai lalu. - Foto AFP
A
A

PRESIDEN Itali, Sergio Mattarella menganugerahkan ‘Order of Merit of the Italian Republic’ kepada pengendali Itali, Roberto Mancini dan skuad The Azzurri yang menjuarai Kejuaraan Euro 2020 baru-baru ini.

“Penghormatan itu adalah pengiktirafan terhadap nilai sukan dan semangat kebangsaan yang menghidupkan kemenangan The Azzurri di Euro 2020,” kata jurucakap istana presiden.

Mancini dan Presiden Itali FA, Gabriele Gravina dianugerahkan pingat ‘Grand Officer of the Republic’ manakala pengurus The Azzurri, Gabriele Oriali dan ketua delegasi, Gianluca Vialli menerima anugerah ‘Commander of the Republic’.

Sementara itu, Kapten The Azzurri, Giorgio Chiellini dianugerahkan pingat ‘Officer’ bersama dengan pemain lain yang turut dianugerahkan ‘Cavaliere (Knights).

Pada perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, Itali mengalahkan England menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sekaligus gelaran pertama kalinya sejak edisi Euro 1968.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!