Kelantan bawa pulang satu mata ke Kota Bharu

Antara aksi menarik pertemuan Perak II menentang Kelantan dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak malam tadi. Foto TRW Kelantan FC
Antara aksi menarik pertemuan Perak II menentang Kelantan dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak malam tadi. Foto TRW Kelantan FC
A
A
A

HASRAT Kelantan FC untuk membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu tidak kesampaian apabila diikat 1-1 ketika menentang Perak II pada perlawanan Liga Premier di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Penyerang gantian Nurshamil Abd Ghani terlebih dulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-56 babak kedua, sebelum pemain tengah Perak FC II Mohamad Aizat Safuan Razali menyelamatkan tuan rumah dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan FC kekal di tangga ketujuh Liga Premier dengan 15 mata, manakala Perak FC II berada di tangga kesepuluh dengan 10 mata.

Saingan Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini ditangguhkan sementara pada 9 Mei lalu, bagi memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya beraksi dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, serta juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Kejuaraan Liga Juara-Juara Asia di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: